albatros

Tol dan ketololan yang tiada tolok banding

Saya pernah menulis kerana sering terperangkap dek kerana kebodohan sistem tol di negara ini.

Salah satunya kerana hampir semua lebuh raya di negara ini menggunakan sistem touch n go yang boleh ditambah secara automatik menggunakan e-wallet, kecuali lebuh raya utara dan selatan.

Saya boleh menggunakan lebuh raya lain tanpa perlu bimbang dengan jumlah baki kerana ia ditolak terus dari e-wallet saya dan apabila tidak mencukupi ia akan ditambah nilai secara automatik.

Saya juga menerima setiap notis transaksi. Namun di lebuh raya utara selatan situasi berbeza dan saya perlu berhati-hati jika tidak mempunyai cukup baki maka kita akan terperangkap di pintu tol.

Lebih malang lagi apabila orang di depan kita yang tidak cukup baki tersangkut dan mengundur keluar dan kita yang datang kemudian turut disangkut.

Lebih menyakitkan hati ada pula pengawal menggunakan senjata api yang buat muka garang seolah-olah kita mahu merompak bank.

Selepas tulisan saya yang lalu kini tiada lagi mengawal di tol yang bersenjata api. Diganti dengan pengawal yang malas yang kadang kala sampai tersembam muka ke meja akibat tertidur.

Pelanggan yang tersangkut di pintu tol dibuat tidak tahu tanpa dibantu.

Kalau diikuti kemarahan ramai yang sudah mengamuk. Tapi memikirkan kesan nanti ditangkap pihak berkuasa kerana melakukan rusuhan, sebagai mana yang telah berlaku kepada kawan saya, ramai yang pura-pura ‘cool’.

Sekarang sistem smart tag pula dimansuhkan oleh lebuh raya utara dan selatan dan diganti dengan sistem RFID.

Sistem ini belum matang walaupun telah dicuba sejak berkurun yang lalu. Tetapi ia tetap digunakan.

Orang ramai tidak mahu tahu apa masalah dan sepak terajang di dalam dunia perniagaan dan korporat. Masalahnya kini ia menyusahkan rakyat yang terpaksa sangkut di dalam kesesakan di pintu tol kerana sistem yang tidak berfungsi.

Siapa yang pernah memandu di Singapura dan negara maju lain pasti tahu bagaimana cekapnya sistem di sana. Pengguna jalan raya tidak tahun pun bila bayaran dikenakan. Lalu sahaja terus dipotong, tidak cukup baki akan dipotong dari kad kredit atau debit.

Kaedahnya hampir sama dengan hanya tampal sticker seperti RFID, tetapi ia cekap dan tidak menjadi masalah sejak berkurun lamanya.

Janganlah cuba memperbodohkan masyarakat dengan membayar ‘influencer’ media sosial menuduh yang bising smart tag diganti RFID ialah mereka yang menjual alat smart tag.

Selesaikanlah dahulu masalah teknologi supaya ia tidak dikatakan sebagai taiknologi.

 

 

 

(Visited 4,186 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button