albatros

Golfer cap parang tak telus soal Covid-19

KEBENARAN kerajaan membolehkan pelbagai aktiviti sukan dan riadah dijalankan setelah negara ini memasuki fasa andemik Covid-19.

Antara sukan yang terawal dibenarkan ialah golf, tetapi dengan syarat telah mempunyai suntikan dua dos vaksin Covid-19.

Selain itu para pemain golf selain perlu mematuhi etika sukan berkenaan, mereka juga perlu telus soal kesihatan mereka.

Jika merasakan badan kurang sihat tidak seharusnya mereka hadir lagi di lapangan untuk bermain golf kerana ini meletakkan risiko kepada penularan wabak berkenaan.

Individu sebegini sepatutnya dikenakan tindakan keras termasuk diharamkan daripada menjejakkan kaki ke lapangan golf, kerana bukan sahaja boleh menyebabkan kegemparan, bahkan akan menyebabkan kelab golf terbabit ditutup.

Selain menularkan wabak dalam kalangan rakan-rakan yang sama-sama bermain golf, tanpa disiplin yang ketat ini ia akan penularan lebih luas di dalam masyarakat.

Sebenarnya orang sebegini tidak layak bermain golf yang terkenal dengan sikap budiman serta menghormati orang lain.

Etika sukan golf itu sendiri adalah bagi menjaga keselamatan para pemain dan petugas di lapangan golf. Jika ada pihak yang tidak mematuhi etika dan peraturan kemungkinan besar akan diusir dari lapangan golf.

Kini pengurusan golf harus meletakkan satu lagi peraturan ketat iaitu melarang mereka yang tidak sihat daripada bermain golf.

Pemeriksaan suhu badan ada mandatori. Sebagai pemain golf yang bertanggungjawab individu terbabit sendiri perlu mengambil langkah pencegahan dengan membuat pemeriksaan Covid-19 jika berasa kurang sihat.

Memang ramai yang teruja untuk bermain golf setelah tempoh yang panjang tidak beriadah. Tetapi jangan letakkan risiko kepada rakan-rakan yang lain dan pemain golf yang lain dijangkiti wabak berkenaan.

 

(Visited 828 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button