albatros

Apalah nasib para pekerja lapangan golf

SELEPAS aktiviti bermain golf dibenarkan, sukan berkenaan kembali meriah. Kelab-kelab golf penuh dengan pemain, walaupun perlu mematuhi prosedur ditetapkan.

Antaranya hanya seorang boleh menaiki kenderaan golf atau buggy. Walaupun agak sukar untuk mendapat slot, kerana sentiasa penuh, tetapi masih ada harapan untuk para peminat golf beraksi dan beriadah.

Bagaimanapun apabila Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 dilaksanakan, sukan berkenaan tidak dibenarkan sama sekali dan bermakna kelab-kelab golf ditutup.

Sebenarnya ketika biasa pun kebanyakan kelab golf di Malaysia sukar mencatat keuntungan, kecuali kelab berprestij.Kelab-kelab biasa perlu kreatif untuk mencari sumber kewangan bagi memastikan ia terus survive.

Bila ditutup sebegini, apa lagi yang boleh dibuat, selain kerja-kerja penyelenggaraan, tetapi tidak menghasilkan pendapatan.

Diharapkan selepas ini dilaksanakan kaedah kawalan pergerakan yang lebih longgar sehingga tidak mencederakan sektor ekonomi. Secara umum kebanyakan orang telah memahami prosedur bagi mengelak jangkitan wabak Covid-19.

Jika tidak lebih ramai orang yang akan kehilangan pekerjaan dan ini akan memberi tekanan perasaan kepada masyarakat.

Sudahlah tidak dapat beriadah, pendapatan pula terjejas. Ini akan memberi tekanan yang berat kepada kehidupan dan dikhuatiri akan menyebabkan pelbagai masalah sosial lain.

Tinjauan dilakukan di Kelab Golf Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor.

(Visited 780 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button