albatros

YB dah cantik, teringat YAB di Selangor dulu

SATU ketika dahulu ada seorang pemimpin politik di Selangor yang tiba-tiba muncul dengan wajah baharu.

Tiba-tiba sahaja kulit menjadi mulus dan beliau memberitahu rahsia beliau ialah dengan memakan tempe setiap hari.

Ramai yang tidak percaya dan ia jadi bahan jenaka sehingga ke hari ini. Sebabnya ramai yang makan tempe setiap hari, tetapi tidaklah begitu drastik perubahan berlaku pada wajah.

Memanglah tempe mempunyai banyak protein, tapi tidak akan semulus itu. Baru-baru ini saya bertemu seorang rakan seperkayuhan kulitnya juga mulus. Mungkin kerana lama tidak berjemur berkayuh al maklumlah kerana PKP ramai yang berkurung di dalam rumah sahaja.

Pemain golf lagilah ramai yang sudah mulus kulit sebab tidak berjemur. Bayangkan kalau bermain golf terpaksa berjemu empat hingga lima jam di tengah terik mentari, pakailah apa juga krim untuk mengelak selaran mentari, ia tidak akan mampu.

Apatah lagi kalau setiap hari bermain golf dan pukul pula ke kiri dan ke kanan silap-silap lebih lima jam berjemur.

Tiba-tiba seorang YB yang agak lama menghilangkan diri tiba-tiba muncul sudah menjadi kurus dan ayu. Tidak hairan beliau menjadi mangsa troll di media sosial.

Saya pun cuba periksa kos untuk cantik sedemikian dan apa rawatan yang perlu dibuat.

Kebetulan rakan saya seorang pakar kecantikan dan beliau memberitahu kos sekitar RM50,000.

Antara rawatan yang perlu dibuat termasuk suntikan kolagen, vitamin C dan banyak lagi yang saya tidak berapa faham.

Selain itu perlu melakukan rawatan intravenous yang saya google bermaksud beberapa ubat mesti diberikan melalui suntikan atau infus intravena (IV). Ini bermakna ia dihantar terus ke urat anda menggunakan jarum atau tiub. Sebenarnya, istilah “intravena” bermaksud “ke dalam vena.” Dengan pemberian IV, tiub plastik nipis yang disebut kateter IV dimasukkan ke dalam urat anda.

Saya tidak kata YB dan YAB itu buat rawatan berkenaan, mungkin juga kerana diet yang seimbang dan banyak minum air serta hasil daripada wuduk yang sempurna.

(Visited 6,440 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button