albatros

Ayuh siapa yang tidak malu dan nak berbogel, ada negara yang terima

DI MALAYSIA, kita belum lagi menerima budaya berbogel di khalayak ramai. Namun jika kita tidak berhati-hati, tidak mustahil perkara itu akan diterima sebagai sesuatu yang normal pada suatu hari nanti.

Apabila bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan slogan ‘Malu apa bosku’ ibarat kita sudah tidak malu melakukan kesalahan termasuk menyamun dan berbogel di khalayak ramai, ini merupakan satu peringatan.

Jika sebelum ini tiada pemimpin yang berani menegur secara terbuka terutama di Parlimen, hari ini Dr. Mahathir telah berbuat demikian.

Teguran beliau ada asasnya kerana seorang lagi mantan Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah didapati bersalah di mahkamah kerana tuduhan salah guna kuasa terus diagung-agungkan sebagai wira dengan slogan ‘Malu apa bosku’.

Dr. Mahathir memberi gambaran sampai ke tahap ahli-ahli parlimen masuk ke dewan dengan tidak berpakaian kerana sudah hilang rasa malu.

Bayang pada hari khamis ahli parlimen berpakaian batik, dan sebelum itu mereka berbogel sepanjang sesi.

Tidak sukar untuk membayangkannya kerana memang sudah ada negara yang membenarkan orang ramai berbogel di khalayak ramai iaitu Switzerland.

Atas dasar meraikan kebebasan hak asasi boleh meluahkan perasaan mereka dengan berbogel di khalayak ramai setahun sekali iaitu di dalam bulan Julai.

Tarikh berkenaan jatuh pada hari yang sama di mana umat Islam menunaikan haji dan wukuf di Padang Arafah.

Jadi bagi mereka yang menyokong slogan ‘Malu apa bosku’ bolehlah menempah tiket ke Switzerland pada tarikh itu dan berbogel dalam perhimpunan sejuta umat manusia.

Jangan juga lupa bawa sepanduk ‘Malu apa bosku’ dan ditularkan ke media sosial.

 

(Visited 12,834 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button