albatros

Siapalah otak udang benarkan stesen minyak buka di sini

Siapa pernah melalui tol Jalan Duta menghala ke utara akan sedar di situ ada perangkap maut.

Perangkap maut itu kerana terdapat stesen minyak hanya beberapa meter dari pondok tol.

Biasanya kereta akan memancung dari laluan smart tag ke stesen minyak berkenaan.

Lebih malang lagi apabila laluan motosikal juga terdapat di situ.

Kawasan berkenaan memang sering berlaku kemalangan, tiada sebarang tindakan oleh pihak berkuasa untuk menutup stesen minyak itu.

Baru-baru ini seorang pemilik akaun Facebook telah berkongsi video yang dirakam bagaimana motosikal dirempuh kereta yang mahu ke stesen minyak berkenaan sah tidak sesuai di situ.

Tolonglah pihak berkuasa berfikir dengan jelas dan pemilik stesen berkenaan jangan hanya memikirkan keuntungan, fikir juga nyawa manusia lain.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

(Visited 10,904 times, 3 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button