Politik

Senarai Kabinet ujian pertama Ismail Sabri sebagai PM – Kit Siang

SENARAI anggota jemaah menteri akan menjadi ujian pertama kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas dilantik menjadi Perdana Menteri Kesembilan.
Pemimpin Kanan DAP Lim Kit Siang berkata, beliau sedia menahan sebarang komen kepada Ismail Sabri bagi memberi peluang kepada Naib Presiden UMNO itu membuktikan segala kritikan terhadap Ismail Sabri adalah silap.
“Perdana Menteri kesembilan telah pun masuk ke pejabatnya dengan jangkaan terendah daripada rakyat, tetapi saya bersedia untuk menggantung penilaian saya kepada beliau untuk memberikan beliau peluang membuktikan semua pessimis tersilap.
“Dan bahawa beliau mampu mencipta keadaan untuk membolehkan satu konsensus kebangsaan baharu dibina untuk membantu negara kita berhadapan dengan cabaran yang dihadapi dalam masa 12 ke 18 bulan yang akan datang untuk menyatukan semua rakyat Malaysia sebagai satu “Keluarga Malaysia”.
“Ujian pertama kepada Ismail Sabri akan tiba apabila beliau mengumumkan senarai Kabinet dan tindakan-tindakan beliau sebelum undian pegangan majoriti beliau di Parlimen pada bulan hadapan,” kata Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu.
Beliau berkata demikian dalam artikel terbaharu di blognya yang yang mempersoalkan sama ada sebarang berita gembira kepada rakyat menjelang sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini.
“Adakah apa-apa untuk menggembirakan rakyat Malaysia seminggu sebelum Hari Kebangsaan ke-64 pada 31 Ogos 2021?
“Kita sepatutnya beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara selepas Hari Kebangsaan dengan memenuhi tiga syarat, iaitu, kurang daripada 500 kes baharu Covid-19, jumlah katil unit rawatan rapi yang mencukupi, dan 60% populasi dewasa telah menerima vaksin,” katanya.
Ismail Sabri dijangka akan mengumumkan barisan Kabinet baharu tidak lama lagi.
Banyak pihak ternanti-nanti sama ada beliau akan mengekalkan barisan Kabinet semasa pentabiran Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin atau akan mengemukakan senarai jemaah menteri yang baharu.-SM

 

(Visited 276 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button