albatros

Jantan Bawang Terciduk

Sikit-sikit imej tercalar…. Banyak sangat tengok drama korang ni.

PDRM imej tercalar. SPRM imej tercalar. Bomba imej tercalar. ATM imej tercalar. Kastam imej tercalar. Imigresen imej tercalar. Semuanya imej tercalar.

Sedangkan biasalah dan normal langkah pembaikan perkhidmatan tak kira kerajaan mahupun swasta dilaksanakan berterusan.

Yang sah calar-balar ‘bodyguard’ yang kena belasah dengan bos dia. Sekarang bos dia yang pakai baju oren lokap.

Tahniah PDRM bertindak pantas, berbungkal-bungkal dolar dan emas dirampas.

Jangan terlepas sudah kali ni, memang tercalarlah jawabnya.

Kita memang suka membawang, dan jangan terkejut orang jantan pun kuat membawang.

Baru-baru ini saya hampir tergolek ketawa apabila kawan menunjukkan dia dimasukkan ke dalam grup whatsapp berjudul Jantan Bawang Terciduk.

Bunyi memang kelakar, tetapi grup ini sebenarnya sangat serius.

Ia membincangkan bagaimana jantan-jantan telah ‘terciduk’ atau telah ditipu oleh seorang lelaki.

Dalam masa beberapa bulan kumpulan berkenaan telah ditipu hampir RM200,000 sama ada dalam bentuk wang ataupun harta benda.

Modus operandi lelaki berkenaan adalah menjanjikan projek dan kelulusan pinjaman serta geran kerajaan.

Padahal lelaki berkenaan tidak mempunyai kemampuan menunaikan janji-janji tersebut. Ibaratnya harapan palsu dan janji manis mu.

Lelaki berkenaan hanya menjual harapan dan impian. Begitulah dalam keadaan ekonomi buruk ini ramai ahli perniagaan yang memburu projek, geran kerajaan serta pinjaman demi memastikan apa yang diusahakan tidak gulung tikar.

Dalam kegawatan inilah muncul orang yang mengambil kesempatan atau menangguk di air yang keruh.

Bagi orang berniaga pula daripada tenggelam dan hanyut, baiklah mencuba semampu mungkin. Bak pepatah Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Daripada menyerah kepada takdir semata-mata lebih baik berusaha.

Namun risiko ditipu adalah perkara biasa di dalam dunia perniagaan. Bagaimanapun bagi mereka yang baru berjinak di dalam dunia perniagaan ia bukanlah sesuatu yang mudah.

Perniagaan yang baru berusia setahun jagung boleh ranap dalam sekelip mata dek kerana menjadi mangsa penipuan.

Ramai yang berkata ketika gawat inilah jugalah masa yang paling sesuai untuk memulakan perniagaan, tetapi pada masa yang sama perlu berani dan tabah walaupun calar-balar dan babak-belur dibanting ombak cubaan.

Jadi bagi Jantan Bawang Terciduk, saya nasihatkan mereka supaya bertabah dan anggaplah ia sebahagian daripada asam garam perniagaan, dan jika wajar dibawa kepada pihak berkuasa, buatlah laporan polis.

Jangan bertindak membabi buta, nanti ke jeriji penjara jadinya.

(Visited 3,276 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button