albatros

Ini rahsia Matt dari ranking 50 menjadi juara Terbuka US

TUJUH tahun yang lalu Matt Fitzpatrick berjaya menempatkan diri dalam kelompok 50 pemain golf terbaik dunia.

Tetapi semalam beliau membuka mata dunia apabila anak muda berusia 27 tahun berasal dari Shefield itu merangkul gelaran Terbuka US.

Anak muda yang tidak diletakkan sebarang harapan sejak hari permulaan lagi meninggal pemain nombor satu dunia Scottie Scheffler, juara bertahan Jon Rahm dan Rory Mcllroy serta Will Zalatoris.

Pokok kepada kejayaan Matt ialah usaha keras dan disiplin. Tidak ada jalan mudah untuk berjaya terutama sukan golf.

Bapa beliau, Russell memberitahu BBC, Matt jenis orang yang tidak pernah berpuas hati selagi tidak memenangi yang ditempuhi tidak membuahkan hasil.


Anaknya berbincang dengan jurulatihnya Mike Walker untuk menambah jarak pukulannya.

Dan akhirnya dia mendapatkan khidmat Sasho Mackenzie yang memperkenalkan kayu untuk menambak kelajuan pukulan yang diberi nama “Stack”.

Dengan rejim latihan setiap minggu Matt akhirnya muncul juara Amatur AS pada 2013.

Moto Matt ialah “Jangan malas, terus berusaha keras”.

Semoga kisah Matt ini memberi inspirasi kepada para pemain golf lain khususnya pemain golf muda di negara ini.

Artikel berkaitan > Tuah Safee Sali menang kereta Mazda CX-5

 

(Visited 97 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button