NasionalSukan

Tuah Safee Sali menang kereta Mazda CX-5

BAK kata pepatah, tuah ayam nampak dikaki tuah manusia tiada siapa yang tahu.

Begitulah nasib penyerang skuad Liga Super Kuala Lumpur City FC, Safee Sali apabila memenangi sebuah kereta mewah Mazda CX-5 selepas melakukan pukulan hole-in-one di Kejohanan Golf Mazda Trophy 2022 di Kelab Golf Glenmarie & Country (GGCC), Shah Alam, Selangor semalam.

Bekas penyerang kebangsaan itu melakukan pukulan hole-in-one di lubang ke-15, di lapangan Valley dari jarak 155 meter menggunakan 6-iron Miura Golf.

Dia yang juga ahli kelab GGCC adalah antara 132 pemain yang menyertai kejohanan anjuran Bermaz Motor Trading Sdn. Bhd. dengan kerjasama Berjaya Sompo Insurance Berhad selepas tujuh tahun kejohanan itu tidak dianjurkan.

Selain kejayaan memenangi kereta Mazda CX-5, Safee bekas pemain kelab Pelita Jaya, Indonesia dari 2011-2012 itu turut menerima satu set iron berjenama Mizuno JPX921 dan baucar F&B berharga RM2,000 sumbangan GGCC.


Ia atas kejayaan bekas penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu bukan sahaja melakukan pukulan hole in-one tetapi juga atas kecemerlangannya muncul juara medal B di kejohanan tersebut.

Bagi juara keseluruhan kategori nett Mazda Trophy 2022 telah dimenangi oleh Noriskandar Nordin dengan handikap 24 melakar catatan 64 pukulan. – SM Melaka

(Visited 681 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button