Nasional

Petani Kedah hasilkan 2 jenis durian baharu

SEORANG petani durian di Bedong, Kedah, telah menghasilkan dua varieti baharu iaitu D216 (J Sparrow) dan D217 (Jerai), dengan rasa dan bentuk yang unik.

Exco kerajaan negeri Azman Nasrudin, memperkenalkan dua jenis durian itu semalam, beliau menjangkakan permintaan yang baik untuk klon baharu itu.

Beliau berkata durian J Sparrow mempunyai daging berwarna kuning-coklat muda dengan aroma sederhana dan purata kemanisan 35.3% Brix (kadar kandungan gula) dengan kepahitan sederhana.

“Durian Jerai pula mempunyai daging kuning muda dan aroma yang kuat, purata kemanisan 35% Brix dengan kepahitan sederhana. Ia mempunyai tekstur sederhana kasar dan rasa berkrim yang kuat,” katanya pada sidang media yang dihadiri pengarah pertanian Kedah Ramli Abdul Rahman dan petani durian Teoh Seng Khoon.

Azman berkata beliau berharap penanam varieti durian itu dapat menanam lebih banyak pokok durian sebegitu supaya varieti baharu itu dapat berleluasa di pasaran.

Teoh berkata kedua-dua varieti baharu itu belum lagi dijual di pasaran terbuka. Bagaimanapun, penggemar durian boleh mengunjungi dusunnya untuk mencubanya.

Beliau berkata J Sparrow dijual pada harga antara RM35-RM45 sekilogram, dan varian Jerai pada harga RM20-RM35 sekilogram.

Kedua-dua varieti itu ditanam di dusun durian di Kampung Ketapang, Sungai Tok Pawang, Bedong, dengan tujuh pokok varieti J Sparrow dan 10 untuk Jerai.

(Visited 433 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button