Nasionalpilihan

Noktahkan kemiskinan tegar di Terengganu – Anwar

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua agensi kerajaan supaya bergerak cergas membasmi kemiskinan tegar di Terengganu.

Beliau berkata, gensi terlibat untuk menyelaras gerak kerja bersama kerajaan negeri bagi menoktahkan kemiskinan tegar di Terengganu.

“Saya juga menerima penerangan terkait isu kemiskinan tegar di Terengganu, di mana sehingga 2 Mei 2024 terdapat 1,663 keluarga masih berada dalam kelompok miskin tegar di negeri ini,” katanya.

Perdana Menteri berada di Terengganu semalam untuk mempengerusikan Taklimat Pembangunan Negeri dan menghadiri jamuan hari raya.

Taklimat ini dihadiri Menteri Besar Terengganu serta Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, manakala Kerajaan Persekutuan diwakili Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri, Ketua Setiausaha Negera serta pegawai-pegawai kanan lain.

“Perbincangan hari ini memberi fokus kepada pelbagai projek pembangunan penting merangkumi tebatan banjir, bekalan air, keterjaminan makanan, keselamatan di pintu masuk pusat pelancongan negeri dan kesejahteraan sosial.

“Saya turut mengarahkan agensi terlibat untuk menyelaras gerak kerja bersama kerajaan negeri bagi menoktahkan kemiskinan tegar di Terengganu.

“Besar harapan saya agar semua kementerian dan agensi yang berkaitan memberi perhatian khusus dan segera bagi memastikan kelancaran perancangan dan pelaksanaan projek-projek di Terengganu ini secara berkesan. Insya-Allah, projek-projek ini pastinya akan memberi kebaikan buat rakyat Terengganu keseluruhannya,” katanya. – SM

(Visited 19 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button