Hiburanpilihan

Shila Amzah selamat lahirkan anak perempuan

PENYANYI popular, Shila Amzah dan pasangannya, Ubai MZ kini meraikan kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka.
Ini ekoran Shila selamat melahirkan bayi perempuan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam.
Berita itu telah dikongsikan Ubai di Instagram.
“Alhamdulillah, isteri saya sudah selamat bersalin. Gugur air mata dan sebak melihat isteri bertarung nyawa demi cahaya mata tercinta.
“Pengalaman pertama kali melaungkan azan pada cahaya mata kami, sungguh luar biasa. Perasaan yang tak dapat saya ungkapkan,” kongsinya.
Ubai turut meluahkan rasa hati mengenai arwah ibunya, Rohani Jamal yang meninggal dunia akibat kanser ovari pada Julai tahun lalu pasti gembira dengan kelahiran cucu sulungnya itu. – SM
(Visited 18 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button