Nasionalpilihan

Abdul Ghani Salleh bersara selepas empat tahun terajui SPR

PENGERUSI Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh bersara daripada jawatannya semalam selepas empat tahun menerajui suruhanjaya itu.

Dalam catatan X, SPR berkata, Ghani telah memegang jawatan itu sejak Ogos 2020.

“SPR merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Abdul Ghani atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau sebagai pengerusi suruhanjaya itu, dari 21 Ogos 2020 hingga 9 Mei 2024,” katanya.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Zuki Ali sebelum ini berkata bekas setiausaha SPR itu akan berkhidmat sebagai pengerusi sehingga umurnya mencapai 66 tahun.

Ghani sebelum ini berkhidmat sebagai pengerusi majlis daerah Kuala Langat dan pegawai daerah Gombak.

Menurut laporan media, beliau berkata pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu esok adalah tugas terakhirnya sebagai pengerusi. – SM

(Visited 26 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button