Luar Negara

Helikopter bawa president Iran dan menteri lain terhempas

SEBUAH HELIKOPTER membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi dan pegawai kanan di barat laut Iran dilaporkan terhempas namun tiada maklumat diperoleh setakat ini mengenai kecederaan atau kerosakan, menurut Agensi

Berita Republik Islam (IRNA).Presiden Raisi sedang dalam penerbangan pulang daripada satu majlis untuk merasmikan sebuah empangan di sempadan Iran dan Azerbaijan apabila helikopter dinaikinya itu terhempas ketika hendak mendarat di Wilayah Varzagan pada Ahad, katanya.

Selain itu menurut maklumat, Menteri Luar Hossein Amirabdollahian, Gabenor Wilayah Azerbaijan Timur Malek Rahmati, Imam Solat Jumaat Bandar Tabriz Hojjatoleslam Al Hashem dan beberapa individu yang lain berada di dalam helikopter itu, lapornya.

Koresponden Irna berkata pasukan bantuan dan penyelamat telah dihantar ke kawasan terbabit dan operasi mencari masih berjalan.

Cuaca berkabus dan kawasan itu yang sukar dilalui menjadikan usaha mencari dan menyelamat menjadi sukar.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button