Rencah Hidup

MP Shah Alam ucap terima kasih pada Ebit Lew

AHLI Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad mengucapkan tahniah kepada pendakwah bebas Ebid Lew dan petugasnya kerana hadir memberi bantuan di kawasan Parlimennya di Shah Alam, Selangor.

Khalid yang juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN) mengucapkan terima kasih pada Ebit yang telah meringankan beban mereka yang memerlukan bantuan.

“Tahniah dan terima kasih kepada Ustaz @Ebitlew_ dan krew yang datang ke Shah Alam menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka yang memerlukan,” ciap Khalid di Twitternya.

Kelmarin Ebit menghulurkan bantuan kepada 250 pemandu bas dan van sekolah yang kehilangan sumber pendapatan berikutan penutupan sekolah akibat penularan wabak Covid-19.

Foto: FB Ebit Lew

Kesemua mereka menerima bantuan berupa barangan dapur daripada pasaraya Elewsmart milik Ebit dan sumbangan tersebut berlangsung di Stadium Shah ALam.

“Sayu sebak petang ini bila driver bas dan sekolah minta bantuan.

“Ada beberapa orang saya beri sedikit duit belanja. Sedih rasa, tahun 2020 cuma 6 bulan ada pendapatan. 6 bulan lagi langsung tiada pendapatan. Enam bulan nak tampung setahun,” kata Ebit,

Menurut Ebid ada dalam kalangan mereka yang kini  menjadi penghantar makanan Grab Food dan Food Panda. Ada juga mereka yang memulakan perniagaan kecil-kecilan bagi menampung perbelanjaan berikatan kehilangan mata pencarian sejak enam bulan lalu.

Foto: FB Ebit Lew

Katanya, ramai juga dalam kalangan pemandu bas dan van sekolah tersebut merupakan kaum wanita.

“Kasihan mereka. Ya Allah. Ramai ucap terima kaseh. Mereka minta doa dan semangat untuk teruskan hidup. Ya Allah. Terasa macam keluarga sendiri. Ramai juga nak bergambar tadi.

“Tanpa mereka. Susahnya mak ayah nak nak urus anak-anak ke sekolah. Kini semua mak ayah bekerja. Mereka memudahkan agar anak kita menjadi orang mulia dan berjaya.

“Kini waktu ujian mereka pula. Marilah kita doakan dan cuba bantu mereka walau sedikit. Semoga Allah terima usaha kecil kita,” kata Ebit.

Foto: FB Ebit Lew

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan untuk mengawal penularan wabak Covid-19, Ebit aktif membantu masyarakat yang terkesan dari sudut ekonomi dan kehidupan. Tindakan beliau itu amat dihargai oleh masyarakat.-SM

(Visited 202 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button