fbpx
Nasional

Penggunaan tren tiga gerabak punca komuter padat- KTM

KERETAPI Tanah Melayu Bhd (KTMB) hari ini menjelaskan penggunaan tren tiga gerabak bagi perkhidmatan KTM Komuter dari Pelabuhan Klang ke Tanjung Malim, Perak pada pada Isnin lepas menyebabkan berlaku kepadatan penumpang sehingga didakwa tidak mengamalkan penjarakan sosial.

Ketua Komunikasi Strategik KTMB Ahmad Asri Khalbi berkata ia berikutan tren enam gerabak mengalami masalah teknikal menyebabkan pihaknya terpaksa menukar tren itu kepada tiga gerabak.

“Kita memang ada buat tanda penjarakan sosial. Dalam kejadian yang tular tu, pada awalnya kita merancang untuk menggunakan komuter enam gerabak, tetapi pada saat-saat akhir berlaku masalah teknikal jadi kita terpaksa tukar dengan komuter yang ada tiga gerabak sahaja.

“Dari segi kapasiti memang lagi kecil, orang ramai bergegas ke tempat kerja jadi mereka tetap naik sedangkan pelekat untuk penjarakan sosial sudah ada dalam dan luar tren tetapi mungkin kerana penumpang ramai berpusu-pusu, jadi itu yang menjadi masalah,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan keadaan itu hanya berlaku bagi satu perjalanan sahaja dan tidak melibatkan perjalanan lain.


Dua hari lepas, tular di Twitter memaparkan tren KTMB padat dengan penumpang dan didakwa tidak mempunyai garisan bagi penjarakan sosial hingga menimbulkan pelbagai reaksi daripada warganet.

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button