Travel

Juara Travel janjikan perkhidmatan terbaik buat bakal haji dan umrah

PERKHIDMATAN haji dan umrah, Juara Travel & Tours Sdn Bhd akan terus memperkukuhkan kedudukan dalam industri pelancongan di negara ini dengan menyusun strategik yang baik.

Syarikat itu juga sentiasa melakukan penambahbaikan dalam memastikan operasi syarikat terus cemerlang dan menjadi pilihan utama Jemaah umrah dan haji.

Menurut pengarah urusannya, Hajjah Rosnah Wagino, bagi mengembangkan syarikat itu agar terkenal di seluruh negara ia yakin dengan perancangan yang rapi dan usaha berterusan akan terus berkembang.

Pengarah urusannya, Hajjah Rosnah Wagino,

“Pada musim haji tahun ini, Juara akan membawa seramai 220 jemaah dan menyediakan persiapan yang rapi dengan menambah baik mutu perkhidmatan yang akan diberikan kepada bakal-bakal haji yang memilih kami sebagai agensi pengelola haji mereka.

”Kami adalah agensi yang menjalankan kursus dengan simulasi lengkap selama 2 hari agar para jemaah dapat merasai sekurang-kurangnya keadaan sebenar yang bakal dihadapi di Mekah nanti” katanya Ketika Kursusu Haji Perdana 1445H di Port Dikson.

Tambahnya lagi, syarikat tersebut juga menyediakan tawaran Pekej Rahmah dengan harga bawah RM50,000 bagi musim haji tahun ini.

“Juara juga syarikat pengendali pakej umrah dengan servis terbaik, kami tidak menolak apa sahaja keadaan jemaah, ada yang perlu jalani dialisis namun ingin ke tanah suci juga tetap kami terima kerana kerjasama dengan pihak hospital di sana untuk menguruskan jemaah ini.

“Dengan pakej bermula RM6990, kami menyediakan khidmat pembimbing untuk menyantuni para jemaah sebelum, ketika dan selepas mengerjakan ibadah umrah.

Anak kelahiran Felda Jengka 1 itu berkata, syarikatnya yang lebih 20 tahun beroperasi itu kekal komited dan optimis segala perancangan yang dilaksanakan bertepatan dengan slogan ‘Juara Pilihan Kami’ akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada bakal jemaah umrah dan haji pada masa akan datang.

Selain itu Juara juga turut menyediakan perkhidmatan pelancongan luar negara antaranya, Turki, Korea Selatan, Vietnam, Indonesia, India dan sebagainya.

Artikle Berkaitan :>

In Saff Travel tawar pakej umrah paling murah

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button