pilihanPolitik

Muhyiddin Yassin angkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-10 pada Isnin

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional pada petang tadi dan memberikan khabar yang baik.

Muhyiddin melaporkan kepada Majlis Tertinggi (MT) PN bahawa beliau telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada pagi tadi berhubung pembentukan Kerajaan Persekutuan selepas PRU 15.

“Beliau (Abang Johari) telah memaklumkan kesediaan Ahli-Ahli Dewan Rakyat GPS untuk memberi sokongan dan
kepercayaan kepada saya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10.

“Pertemuan dengan Pengerusi Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor Pyang juga telah menyatakan kesediaan Ahli-Ahli Dewan Rakyat GRS untuk memberi sokongan dan kepercayaan kepada saya sebagai Perdana Menteri Ke-10,” katanya dalam satu kenyataan media.

Dalam masa sama, Muhyiddin turut memaklumkan terdapat beberapa orang Ahli Dewan Rakyat lain juga, yang belum disebut namanya, telah memberikan komitmen yang sama.


“Sebagai Pengerusi PN, saya berkeyakinan bahawa saya akan memperolehi bilangan sokongan yang mencukupi daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk membolehkan saya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Ke-10 sepertimana yang dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

(Visited 2,340 times, 4 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button