Nasionalpilihan

Raja Muda Perlis perkenan potongan sewa premis MAIPs

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah meluluskan pengurangan pengenaan kadar sewaan premis MAIPs bagi tempoh penutupan penuh sektor ekonomi dengan implikasi kewangan sebanyak RM 171,668.

Insiatif berkenaan menjadikan jumlah penuh peruntukan kewangan di bawah Pakej ‘Inisiatif MAIPs Menangani Wabak Covid-19’ bagi tahun 2021 adalah sebanyak RM8,363,078.

Demikian titah baginda menurut sebaran media yang dikeluarkan MAIPs selepas berkenan berangkat menyantuni dan menyampaikan bantuan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada Rahim Mat Isa, 61 tahun yang tinggal bersama lima orang ahli keluarga yang lain di Kg Nesam dekat Kangar.

Rahim yang merupakan salah seorang penerima ‘Bantuan Sara Hidup Berkala MAIPs’ menghidap penyakit kencing manis, buah pinggang dan darah tinggi dan kini menerima rawatan dialisis di Pusat Dialisis Davita Kangar atas tajaan SOCSO.

Hadir sama mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Syed Faizuddin Putra selaku Tuanku Yang Dipertua MAIPs menyarankan supaya semua pihak berwajib agar memberikan sepenuh perhatian dan keutamaan kepada inisiatif dan persiapan dalam menghadapi pasca pembukaan sektor ekonomi mendepani fasa Pelan Pemulihan Negara.

Titah baginda, fokus sekarang adalah untuk memperhebat impak ekonomi samada melalui langkah jangka pendek atau jangka panjang.

Tambah Tuanku Raja Muda lagi, sebagai langkah proaktif, MAIPs telah dan bakal merencana beberapa lagi inisiatif bagi membantu warga asnaf melalui Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) dan agihan di bawah Skim Program Peningkatan Ekonomi Asnaf MAIPs.

Sementara itu, Mohd Nazim memaklumkan bahawa “Pengurusan MAIPs sentiasa bertekad untuk menyantuni warga asnaf yang berkeperluan, dan penyertaan semua pihak dalam memberikan saranan yang konstruktif dan membina dari semasa ke semasa amatlah dialu-alukan,”.

(Visited 107 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button