NasionalPolitik

Covid-19: Zahid pemimpin parti politik pertama mohon maaf

PRESIDEN UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjadi pemimpin parti politik pertama memohon maaf berikutan peningkatan kes Covid-19 selepas Pilihan Raya Negeri Sabah

Ahmad Zahid mewakili semua ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) memohon maaf kepada rakyat Malaysia dan petugas barisan hadapan.

Menerusi ciapan terbaharu di Twitter, Ahmad Zahid yang menyatakan kebimbangan mengenai situasi terkini COVID-19 yang disifatkan membimbangkan susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini, berkata ia bukan pilihan BN.
“Ahli dan jentera BN pada PRN Sabah perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” ujarnya.
 Zahid turut berpesan agar orang ramai menjaga diri dan berdoa kepada Allah supaya wabak ini akan berakhir
PRN Sabah berlangsung selepas bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal memohon kepada Yang Di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.
Shafie yang juga presiden Warisan bertemu Juhar di Istana Negeri Sabah di Kota Kinabalu pagi 30 Julai beberapa jam selepas lawannya, bekas ketua menteri, Tan Sri Musa Aman mendakwa memiliki sokongan majoriti ADUN untuk membentuk kerajaan negeri.
Musa, yang merupakan Adun Sibuga mendakwa memperolehi Akuan Bersumpah (SD) daripada Adun yang menyokongnya, tetapi tidak menyatakan jumlahnya.
Berikutan itu Suruhajaya Pilihan Raya menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya berkenaan  pada 12 September dan hari pengundian pada 26 September.
Dalam pilihan raya itu selain UMNO dan BN turut bertanding adalah parti Warisan, Bersatu, PKR, DAP dan Amanah. Pemimpin dan penyokong parti dari Semenanjung dan Sarawak datang ke Sabah bagi menyertai kempen pilihan raya.

Kes Covid-19 semakin meningkat sejak kempen PRN Sabah berlangsung. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah semalam memberitahu, kebanyakan penularan kes jangkitan COVID-19 di Semenanjung, dikesan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September.

Malah, setakat ini, sekurang-kurangnya terdapat dua kluster yang dikesan di Semenanjung, termasuk Kluster Bakawali di Johor yang kes indeksnya mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.

Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sebanyak 63 kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini dari 20 September lalu mempunyai sejarah pulang dari negeri itu.

Semalam, negara mencatatkan sebanyak 259 kes baharu jangkitan tempatan dengan kes aktif meningkat ke 1,334 kes.-SM

(Visited 156 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button