fbpx
Politik

Mujahid, insya-Allah kita jumpa nanti – Azeez

BEKAS pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim telah meminta pihak pengurusannya untuk menetapkan satu tarikh yang sesuai untuk berdebat dengan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa.

Ahli Parlimen Baling itu berkata, beliau telah memberikan slot kepada Mujahid untuk berdebat mengenai isu Tabung Haji sebelu Hari Raya Aidiladha yang lalu.

Debat Tabung Haji: Mujahid tunggu jawapan Abdul Azeez

Menurut Abdul Azeez, pihaknya akan menetapkan satu tarikh bagi penganjuran debat berkenaan kerana ramai yang berminat untuk menyaksikan perbahasan antara mereka berdua.

“Entah apa lah yang YB Parit Buntar seronok sangat ni, saya dulu bukan Menteri Agama pun, bukan juga Timbalan Menteri, hanyalah seorang bekas Pengerusi Bukan Eksekutif. Insyaallah kita jumpa nanti,” kata Abdul Azeez.


Dua hari lalu Mujahid mengeluarkan kenyataan bahawa dia masih menunggu jawapan Abdul Azeez Abdul mengenai cabaran berdebat yang beliau lontarkan.

Naib Pengerusi Parti Amanah Negara itu meminta Abdul Azeez untuk berhubung segera dengan portal berita Sinar Harian yang dipilih menjadi lokasi untuk berdebat.

“Saya masih menanti Mantan Pengerusi TH DS Azeez Rahim untuk menerima cabaran debat saya dengan

“@sinarharianSH sebagai platform. Saya harap DS Azeez Rahim segera berhubung dengan Sinar untuk jawapan yang jelas dan jangan berlengah-lengah,” kata Mujahid.
Mujahid mencabar Abdul Azeez untuk berdebat mengenai isu-isu berkaitan Tabung Haji dua minggu lalu.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, beliau tiada halangan untuk berdebat secara terbuka dengan Abdul Azeez selepas Ahli Parlimen itu galak mencelah ketika dia berucap di Parlimen pada 15 Julai lalu.

Cabaran Mujahid itu diterima oleh Abdul Azeez. Ahli Parlimen Baling itu mencadangkan agarr debat tersebut diberi tajuk ‘Tabung Haji: Di Mana Silapnya?’ Tarikh perdebatan pada 28 Julai pada pukul 8.30 malam di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Abdul Azeez turut menyarankan agar Timbalan Presiden Angkatan Karyawan Nasional Ayatullah Helme Mohd Hanafi dipilih menjadi moderator untuk perdebatan tersebut.

Mujahid bagaimanapun menolak cadangan Abdul Azeez dan mahu debat antara mereka berlangsung di platform yang lebih bebas seperti Sinar Harian.-SM

 

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button