fbpx
Politik

Debat Tabung Haji: Mujahid tunggu jawapan Abdul Azeez

BEKAS Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa masih menunggu jawapan bekas Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengenai cabaran berdebat yang beliau lontarkan.

Naib Pengerusi Parti Amanah Negara itu meminta Abdul Azeez untuk berhubung segera dengan portal berita Sinar Harian yang dipilih menjadi lokasi untuk berdebat.

“Saya masih menanti Mantan Pengerusi TH DS Azeez Rahim untuk menerima cabaran debat saya dengan

“@sinarharianSH sebagai platform. Saya harap DS Azeez Rahim segera berhubung dengan Sinar untuk jawapan yang jelas dan jangan berlengah-lengah,” kata Mujahid.
Mujahid mencabar Abdul Azeez untuk berdebat mengenai isu-isu berkaitan Tabung Haji dua minggu lalu.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, beliau tiada halangan untuk berdebat secara terbuka dengan Abdul Azeez selepas Ahli Parlimen itu galak mencelah ketika dia berucap di Parlimen pada 15 Julai lalu.


Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button