Politik

BN, PN buka pondok panas di pusat mengundi SK Sagil Kampong

TIDAK puas hati. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Johor, Syed Ibrahim Syed Noh mempersoalkan tindakan beberapa parti yang sengaja melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir.

Ahli Parlimen Ledang itu mendakwa, terdapat wakil atau ahli parti Perikatan Nasional (PN) yang sengaja membuka pondok panas dalam jarak 50 meter dari Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Sagil Kampong hari ini.

Selain itu, beliau mendakwa, pihak Barisan Nasional (BN) juga membuka warung yang menyediakan makanan dan minum berhampiran pusat mengundi tersebut yang jelas kelihatan bendera parti dengan simbol dacing.

“Memang masih ada pondok panas. Memang masih ada yang berhimpun dan bertenggek di kawasan 50 meter dari Pusat Mengundi.

“Ini kesalahan di bawah Seksyen 26, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Sangat jelas.

“Jadi saya ambil tindakan tadi dengan berjumpa Pegawai Pililihan Raya SPR. Saya kata padanya, dia kena ambil tindakan,” jelas beliau.

Kata Syed Ibrahim, menurut pegawai SPR yang berkenaan, dia sudahpun mengambil tindakan mengarahkan bersurai tetapi mereka berkumpul balik.

“Inilah perangai lama. Budaya buruk bagi saya. Saya tinjau ada pondok panas PN, bukak meja depan sekolah. Ada kerusi, duduk ramai-ramai. Apa tujuan dia? Hari ini tak boleh lagi merayu undi,” kata Syed Ibrahim dalam hantaran di akaun Facebooknya.

Syed Ibrahim berkata, sekiranya pihak berkenaan masih enggan bersurai, pegawai pilihan raya tersebut sewajarnya melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia.

Ketika ini media telah mengajukan dakwaan ini kepada pihak SPR dan masih sedang menunggu maklum balas.  – SM

(Visited 444 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button