Politik

Hasni minta BN pilih pemimpin lebih muda untuk Johor

PETALING JAYA: Pengerusi Barisan Nasional Johor Hasni Mohammad meminta pemimpin parti memilih “orang yang lebih muda” untuk memimpin negeri itu.

“Sokongan anak muda adalah penting dalam pembangunan Johor, dan demi kemakmuran negeri yang berkekalan, saya mencadangkan agar kepimpinan memilih anak muda untuk menerajui Johor,” kata Hasni.

Kenyataannya petang ini dibuat dua hari selepas BN memperoleh 40 kerusi dalam pilihan raya negeri dengan majoriti dua pertiga di DUN Johor yang mempunyai 56 anggota. Hasni dipilih semula di kerusi Benut.

Hasni mengulangi kenyataannya pada sidang media selepas pilihan raya apabila beliau menyeru rakyat Johor untuk bersama-sama, sama ada mereka mengundi BN atau sebaliknya.

Beliau berkata: “Tiada ideologi parti atau ahli politik yang lebih penting atau lebih besar daripada Johor. Kini tiba masanya untuk membina Johor yang lebih makmur.”

Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mengumumkan Hasni akan dicalonkan untuk penggal baharu sebagai menteri besar Johor sekiranya BN berjaya membentuk kerajaan negeri akan datang.

(Visited 256 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button