PolitikUncategorized

38 wakil BN serah SD kepada istana sokong Hasni sebagai MB

BARISAN Nasional (BN) telah mengemukakan 38 akuan berkanun (SD) daripada ADUN Johor yang baru dilantik menyatakan sokongan mereka kepada wakil Benut, Datuk Seri Hasni Mohammad untuk dilantik sebagai menteri besar (MB) negeri itu kepada pihak istana.

Penyerahan itu dibuat ketika perbincangan antara BN dengan pihak istana Johor untuk memecahkan kebuntuan dalam pemilihan menteri besar baharu.

BN yang memenangi 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Sabtu lalu memilih Hasni sebagai “budak poster” dan calon menteri besar.

“Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah menyerahkan SD dan hanya seorang ADUN sahaja yang tidak menandatangani SD untuk menyokong Hasni,” menurut laporan FMT yang memetik sumber sumber yang enggan dikenali kerana isu itu sensitif.

Sumber berkata, Datuk Hasni adalah satu-satunya pilihan BN dan akar umbi agak kecewa kerana beliau masih belum mengangkat sumpah.

“Sudah tiga hari sejak pilihan raya. Kami berjanji kepada rakyat Johor bahawa Hasni akan menjadi MB mereka. Mereka tidak mengharapkan orang lain,” kata sumber.

Hasni yang popular di kalangan rakyat Johor dan ahli politik di kedua-dua belah pihak semalam terkejut apabila menggesa kepimpinan BN untuk memilih “seseorang yang lebih muda”, memimpin negeri itu.

Sumber berkata, Hasni adalah pilihan BN sebagai menteri besar kerana beliau seorang pemimpin yang waras dan adil selain disifatkan sebagai “individu yang menampilkan dirinya sendiri”.

“Dia bukan proksi untuk sesiapa pun,” kata sumber itu.

Khabar angin turut bertiup kencang mengatakan Onn Hafiz Ghazi, cucu kepada pengasas UMNO, Onn Jaafar dan juga sepupu kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein disebut-sebut sebagai menteri besar.

Laporan Berita Harian semalam  turut membuat spekulasi Onn Hafiz, 44, akan menggantikan Hasni.

Bagaimanapun Malaysiakini melaporkan, Onn Hafiz adalah antara tiga nama yang dicadangkan UMNO sebagai Menteri Besar selain Hasni dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi.

Terdapat juga spekulasi bahawa Onn Hafiz menjadi pilihan utama istana. – SM

 

(Visited 679 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button