Kesihatan

Kurangkan pergantungan pada RT-PCR, buat ujian cepat, kata KJ

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menasihatkan orang ramai supaya mengurangkan kebergantungan pada saringan tindak balas rantai polimerase transkripsi terbalik (RT-PCR) dan sebaliknya menggunakan kit ujian pantas semasa peralihan kepada fasa endemik Covid-19.

Dalam video berdurasi dua minit yang disiarkan di Twitter hari ini, beliau berkata Kit Ujian Pantas Antigen (RTK-Ag) lebih berkesan dalam menangani gelombang Omicron kerana ia memberikan keputusan dalam masa 15 minit sahaja.

“Dalam situasi semasa di mana varian Omicron merebak dengan pantas, RTK lebih berkesan kerana tidak perlu menunggu 24 hingga 48 jam untuk mengetahui sama ada seseorang itu positif atau tidak.

“Adalah lebih baik 1,000 orang diuji dengan RTK-Ag daripada 10 orang RT-PCR walaupun RT-PCR lebih sensitif,” katanya.

 

Beliau berkata RTK-Ag juga lebih murah berbanding RT-PCR dan mudah didapati di pasaran.

Khairy berkata mereka yang didapati positif RTK-Ag perlu segera menjalani kuarantin dan tidak perlu mendapatkan ujian pengesahan melalui saringan RT-PCR.

Beliau juga berkata kementerian kesihatan, melalui Pihak Berkuasa Peranti Perubatan, telah diarahkan untuk terus memantau kualiti kit ujian kendiri Covid-19 di pasaran dan mengambil tindakan terhadap produk yang tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan.

 

(Visited 307 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button