Politik

MCA, BN tidak sertai Anwar

MCA tidak akan menyokong atau menyertai Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baharu.

Setiausaha Agung MCA Datuk Chong Sin Woon berkata, keputusan itu diambil oleh Biro Politik yang dipengerusikan Presiden MCA, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong .

Sin Woon berkata, Presiden MCA dan presiden komponen BN lain telah mengadakan perbincangan mengenai perkara itu bersama Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Semua presiden parti komponen BN dan kesepakatan yang dipersetujui ialah, BN tidak akan menyertai Datuk Seri Abrahim dalam pembukan kerajaan baharu,” jelas Sin Woon.

MCA turut mengulangi pendirian untuk memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menerajui kepimpinan negara.

Khususnya ketika ini dunia berdepan dengan penularan pandemik Covid-19 yang menyebabkan semua sektor ekonomi terkesan/

Katanya, kestabilan adalah pra-syarat untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi serta menarik lebih banuak pelaburan asing ke Malaysia.

“Adalah wajar bagi semua parti politik menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pemulihan ekonomi dan menghentikan segala percaturan politik yang akhirnya merugikan rakyat.

“Pemimpin dan parti politik juga seharusnya menghormati titah Yang di-Pertuan Agong pada bulan Mei lalu yang menitahkan ahli politik supaya tidak mengheret negara sekali lagi ke kancah politik yang tidak menentu,” kata Sin Woon.-SM

 

(Visited 80 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button