Politik

Ismail Sabri berprinsip dan tegas tolak kerjasama dengan PH

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob seorang yang berprinsip. Beliau menegaskan tidak bersetuju dengan gabungan Barisan Nasional (BN)-Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan baharu.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO yang berpendirian tegas turut mengatakan, beliau sedia dipecat daripada UMNO disebabkan oleh pegangannya itu.

Menurut sumber, Ismail Sabri mendedahkan perkara itu dalam kumpulan WhatsApp Ketua Bahagian UMNO.

“Saya sedia dipecat. Tidak akan bersama PH,” tulis Ismail Sabri yang juga Perdana Menteri Sementara dalam kumpulan WhatsApp berkenaan yang turut dilihat Suara.TV.

Pagi tadi, Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga bertegas dengan pendiriannya menolak kerjasama dengan PH.


Ahli Parlimen Sembrong itu juga bersedia sekiranya dipecat parti kerana menyatakan pendiriannya.

Pemimpin UMNO pada pagi ini mengadakan pertemuan bersama pimpinan PH di Hotel Seri Pacific.

Difahamkan pertemuan kedua-dua parti itu dibuat bagi membentuk kerajaan persekutuan.

Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mendakwa, seramai 26 Ahli Parlimen BN akan menyokong keputusan Majlis Tertinggi BN untuk bergabung dengan mana-mana parti.

Ketika ini, kerajaan negeri di Perak dibentuk hasil daripada gabungan BN dan PH.

Perkara sama juga difahamkan akan berlaku di Pahang. – SM

(Visited 1,404 times, 3 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button