Nasional

GLC akan terus memainkan peranan penting dalam memacu pemulihan negara

GLC memainkan peranan penting sebagai penggerak modal insan dan kewangan serta pemangkin transformasi ekonomi negara.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata GLC telah banyak membantu dalan agenda pemulihan negara antaranya pengedaran computer riba kepada 150 ribu pelajar melalui Tabung Cerdik dan tawaran pekerjaan melalui program MySTEP, pada tahun ini.

Ujarnya, untuk 2022 syarikat GLC akan terus memainkan peranan penting dalam memacu pemulihan negara.

“Terdapat enam inisiatif utama yang bakal dilaksanakan termasuklah Inisiatif Jalinan GLC: Memperkasa PMKS bagi membantu usahawan melalui inisiatif seperti khidmat nasihat dan sokongan kewangan dengan dana kolektif bernilai RM5 bilion.

“Kedua, inisiatif JALINAN GLC CSR: SEJAHTERA RAKYAT untuk menolong rakyat melalui inisiatif seperti derma peralatan perubatan dan program biasiswa dengan dana kolektif bernilai RM500 juta.


“Seterusnya mempercepatkan bayaran kepada vendor selewat-lewatnya 14 hari darim tarikh pengesahan invois, memastikan 40 peratus perolehan tempatan dianugerahkan kepada usahawan Bumiputera, menawarkan 30 ribu peluang pekerjaan di bawah program MySTEP and PROTÉGÉ dan mempertingkatkan kerja-kerja sukarela dalam kalangan GLC,” katanya.

Selain itu, Tengku Zafrul berkata syarikat GLC akan terus membuat pelaburan antaranya dalam bidang tenaga boleh diperbaharui, pemodenan rantaian bekalan infrastruktur 5G.

“Sekurang-kurangnya RM30 bilion akan diperntukkan untuk perbelanjaan modal dan pelaburan pada tahun hadapan.

“Diharapkan melalui program Perkukuh Rakyat, GLC akan lebih berdaya tahan dan mempunyai prospek pertumbuhan yang lebih baik,” katanya. -SM

(Visited 46 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button