fbpx
Nasional

Polis cari tentera hilang

POLIS hari ini memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki berkhidmat sebagai tentera yang dipercayai hilang.

Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, individu yang hilang itu dikenali sebagai Wan Norhazarudin Wan Non, 25 tahun.

“Kali terakhir dia dilihat ialah di Menara Sri Tanjung, Keramat Wangsa, Kuala Lumpur kira-kira pukul 11.30 pagi pada 14 Jun lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Khalid Mat Jidi di talian 012-6100844, Hotline Polis Kuala Lumpur (03-21159999) atau mana-mana balai
polis yang berhampiran. -SM

(Visited 3 times, 1 visits today)


Show More

Related Articles

Back to top button