Nasional

Hawk 108 terhempas: PM ucap takziah kepada keluarga Kepten Mohamad Affendi

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang terkorban dalam insiden pesawat Hawk 108 di Butterworth, Pulau Pinang, malam tadi.

Dalam catatan di laman sosial rasminya hari ini, Ismail Sabri mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama golongan yang beriman.

“Innalillahiwainnailaihirojiun.Alfatihah,” menurut catatan itu.

Dalam nahas yang berlaku pada 10.07 malam itu, Kapten Mohamad Affendi maut, manakala seorang lagi juruterbang TUDM Mejar Mohd Fareez Omar cedera.

Ketika kejadian kedua-dua juruterbang itu sedang menjalani latihan penerbangan di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterwoth, Pulau Pinang.

Mejar Mohd Fareez Omar kini menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

TUDM juga akan menjalankan siasatan terperinci mengenai insiden berkenaan termasuk aspek teknikal. – SM

(Visited 325 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button