pilihanPolitik

Kami setia kepada BN, MCA beritahu Gerakan

MCA akan kekal setia kepada Barisan Nasional (BN) dan, menolak cadangan untuk bergabung dengan Gerakan sekali lagi.

Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong juga memberitahu presiden Gerakan Dominic Lau supaya berhenti menyemai perbalahan dalam kalangan parti komponen BN.

“Gerakan pernah menjadi sebahagian daripada BN dan saya pasti mereka masih ingat bagaimana mereka dijadikan parti komponen gabungan itu pada 1973.

“Jadi Gerakan sepatutnya lebih memahami dan menghormati semangat muafakat dalam BN. Jangan cuba campur tangan antara ahli komponen BN,” katanya kepada Free Malaysia Today.

Pada Rabu, Lau berkata partinya bersedia menjalin hubungan dengan MCA sekali lagi sekiranya bekas sekutunya memutuskan untuk keluar daripada BN.

Beliau berkata Gerakan terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN), termasuk MCA jika ia boleh menerima ideologi gabungan itu.

Gerakan, ahli pengasas BN, meninggalkan gabungan itu sejurus selepas pilihan raya umum ke-14 pada 2018 yang menyaksikan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih Putrajaya. Parti itu menyertai PN pada 2021.

Lau menjawab Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong bahawa gesaan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi supaya kerajaan perpaduan “dipertahankan” pada pilihan raya umum akan datang hanyalah pandangan peribadi mereka.

Wee berkata tiada keputusan dibuat di peringkat BN kerana komponen gabungan itu masih belum membincangkan perkara itu.

Ketua Penerangan Bersatu, Razali Idris dalam pada itu berkata, Gerakan dan MCA akan dapat merampas kerusi bukan Melayu daripada DAP, terutama di kawasan majoriti Cina, jika kedua-dua parti itu adalah sebahagian daripada pasukan yang sama.- SM

(Visited 25 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button