Nasional

Raja Muda Perlis berangkat ke DSA

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat ke Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC) 2024 di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa (MITEC), Kuala Lumpur.

Keberangkatan tiba Tuanku Raja Muda disambut oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, Panglima Tentera Darat. Jeneral Tan Sri Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan dan Penasihat DSA, Datuk Sri Dr Hj Irmohizam Ibrahim.

Sebanyak 1,324 syarikat dari 60 negara telah menyertai DSA dan NATSEC Asia 2024 tahun ini yang berlangsung bermula 6 hingga 9 Mei 2024, meliputi keluasan 48,000 meter persegi ruang pameran.

Pameran mega ini berfungsi sebagai platform penting untuk menjalin perkongsian pertahanan dan keselamatan antarabangsa, memudahkan urus niaga industri yang penting dan mempromosikan dialog dan kemajuan teknologi global.

DSA dan NATSEC juga menawarkan platfrom bagi pemain industri tempatan menunjukkan kepakaran mereka di peringkat antarabangsaa serta berkongsi kepakaran mahupun idea dengan pemain industri di peringkat global.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan mengadakan lawatan ke pameran Aselsan, Roketsan, Malvus Sense, Kovico, UAE National Pavilion, Turkish Aerospace (TUSAS) dan DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd’s (DEFTECH).

GALERI

(Visited 57 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button