Nasional

Dakwa pekerja kilang masih bekerja walaupun positif Covid-19, polis panggil pemilik Datuk Nazilah

SEORANG wanita tular di aplikasi Tik Tok kerana mendakwa terdapat pekerja kilang sarung tangan yang positif Covid-19 diarahkan bekerja akan dipanggil bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, satu laporan polis berkaitan penularan video tersebut telah dibuat hari ini.

“Video berdurasi 3.04 minit itu memparkan seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Pengerusi Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan di Selangor.

“Dia mendakwa peningkatan kes Covid-19 di Selangor adalah kerana tindakan pengusaha kilang sarung tangan yang memindahkan pekerja positif Covid-19 di Petaling Jaya ke dua buah hotel di Klang untuk membenarkan mereka bekerja dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” katanya.

Menurutnya, wanita itu juga mendakwa terdapat kematian akibat jangkitan Covid-19 dalam kalangan pekerja kilang yang menyebabkan seluruh asrama pekerja di kawasan Sungai Way dikenakan PKPD namun kilang tersebut masih beroperasi.

Susulan itu, pihaknya telah menerima satu laporan polis kerana perbuatan individu dalam video itu telah mendatangkan ketakutan kepada masyarakat bahawa penularan Covid-19 di Selangor adalah berpunca daripada tindakan pengusaha kilang tersebut yang tidak patuh arahan PKPD.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 505(B) Kanun Keseksaan , Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(B) Akta Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai diingatkan supaya lebih peka dan prihatin sebelum menyebarkan apa-apa maklumat.

Tambahnya, orang ramai boeh berhubung dengan pihak berwajib jika mempunyai maklumat perlanggaran PKP dan bukannya menyebarkan di media sosial. -SM

(Visited 246 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button