fbpx
Nasional

Zahidi dijangkiti virus Covid-19

TIMBALAN Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin dijangkiti virus Covid-19.

Perkara tersebut dimaklumkan penjabat beliau berdasarkan keputusan ujian saringan awal pagi tadi.

“Beliau menjalani ujian saringan COVID-19 sejurus tiba di Kuala Lumpur dari Pulau Pinang pada 11 Januari 2021 (Isnin) yang lalu,” kata Pejabat Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia dalam satu kenyataan.

Ketika ini Zahidi telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menjalani rawatan lanjut dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Sebelum ini, pada 25 Disember lepas Zahidi telahpun melakukan ujian saringan Covid-19 dan keputusannya ialah negatif.


“YB Datuk Zahidi kini berada dalam keadaan yang stabil dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul.

“Beliau juga berdoa agar Allah SWT mempermudah urusan semua yang terlibat,” katanya.

Sebelum ini tiga anggota Kabinet dilaporkan positif COVID-19, iaitu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.-SM

 

(Visited 36 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button