Teknologi

Motosikal berkuasa EV kini sudah masuk di pasaran Malaysia

SYARIKAT Ni Hsin Group Bhd telah melancarkan dan memperkenalkan kepada orang ramai, dua motosikal elektrik berkuasa tinggi di bawah jenama Ebixon bertempat di Starhill, Bukit Bintang semalam.

Motosikal elektronik semakin mendapat sambutan hangat di kalangan rakyat Malaysia oleh itu, model terbaru ini mampu menarik orang ramai untuk mencuba.

 

Dua motosikal telah dilancarkan semalam TCX pro dan TC Max daripada V moto dan ebixon

Kedua-dua model di atas menawarkan siren dan sistem radio yang sesuai digunakan untuk penguatkuasaan polis, tentera dan pasukan keselamatan.

CPx Pro pula mempunyai motor 8kW yang mampu mencapai kelajuan 105 km/j ia merupakan kenderaan yang selamat untuk kegunaan ke mana sahaja mempunyai empat warna pilihan dengan kuasa caj bateri sekitar 4 jam.

 

Model TC Max merupakan e-motosikal yang sesuai untuk laluan di sekitar bandar serta mempunyai pengendalian dan pecutan yang baik. Hadir dengan tiga warna dengan pengecas 83V yang mampu mengecas dalam tempoh 5 jam.

Pengarah Urusan Ni Hsin EV Tech, Khoo Chee Kong berkata, pihaknya teruja untuk bekerjasama dengan VMOTO bagi memperkenalkan kenderaan lektrik termaju mereka di Malaysia.

Beliau berkata, pihaknya juga berhasrat untuk mengubah mobiliti bandar dan menyumbang kepada masa depan yang lebih mesra dan pintar.

“Dalam konteks mobiliti mampan Ni Hsin tidak berhenti untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan sifar pelepasan di seluruh Malaysia,” katanya dalam sidang media hari ini.

Pengarah Urusan VMOTO, Charles Chen berkata, pihaknya teruja memperkenalkan motosikal elektik keluaran mereka di pasaran Malaysia dengan kerjasama Ni Hsin EV Tech.

“Misi kami adalah untuk menyediakan rumsan mobiliti berprestasi tinggi mesra alam yang meningkatkan kehidupan orang ramai dalam persekitaran bandar,” katanya.

 

Turut menampilkan juara Ke dunia MotoGP lima kali yang juga Duta VMOTO, Jorge Lorenzo.
(Visited 46 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button