Nasionalpilihan

Fadhlina: Keputusan SPM kekal diumumkan pada 27 Mei

TIDAK ada perubahan tarikh pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Katanya, kekal diumumkan pada 27 Mei depan seperti yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini.

Menurut beliau, pihaknya mendengar semua pandangan yang dikemukakan pelbagai pihak dan ia selari dengan pandangan KPM terutamanya berkaitan kesejahteraan warga pendidik.
Oleh itu katanya, jika  guru-guru yang sudah merancang untuk bercuti pada tarikh berkenaan boleh meneruskan hasrat mereka.
Pihak sekolah katanya, boleh menunda majlis sambutan meraikan keputusan pada suatu tarikh akan datang.
“Guru-guru yang telah pun merancang untuk bercuti teruskan tiada masalah, kita akan pastikan bahawa keputusan ini mereka akan dapat melalui atas talian atau kiriman pesanan ringkas (SMS) dan mana-mana yang tidak ada akses kepada atas talian dan SMS boleh dapatkan di mana-mana sekolah terdekat.
“Jadi pihak pentadbir kena uruskan nanti bagi menyampaikan keputusan kepada pelajar… sebab itu kita bagi masa tiga minggu untuk uruskan dan sesi libat urus kita akan laksanakan secepat mungkin bagi memastikan tiada isu berbangkit pada 27 Mei nanti,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Karnival HIP di Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Indah Nibong Tebal hari ini.
Semalam, kementerian dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan peperiksaan SPM 2023 yang membabitkan 395,870 calon akan diumumkan pada 27 Mei ini bermula 10 pagi. – SM
(Visited 20 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button