Nasional

TNB sumbang RM250,000 kepada mangsa banjir di Johor

Mangsa banjir di Johor mendapat perhatian Tenaga Nasional Berhad, TNB, dengan bantuan berjumlah RM250,000 menerusi program tanggungjawab sosial korporatnya.

Bantuan untuk Tabung Mangsa Banjir Negeri Johor itu disampaikan oleh Pengerusi TNB, Dato’ Seri Mahdzir Khalid kepada Menteri Besar Johor, Yang Amat Berhormat, Datuk Ir. Hasni Bin Haji Mohammad di Pejabat Menteri Besar di Bangunan Kota Iskandar, Johor Bahru hari ini.

Selain menyampaikan bantuan banjir, Dato’ Seri Mahdzir turut menyerahkan wang zakat perniagaan TNB berjumlah lebih RM2.1 juta kepada kerajaan Johor.

Cek diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Yang Berhormat Tuan Haji Tosrin Jarvanthi dan disaksikan YAB Datuk Ir. Hasni.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Agama Islam Johor, JAIJ, Datuk Md Rofiki Datuk A. Shamsudin dan Pengurus Besar Negeri Johor, Bahagian Strategi dan Kawal Selia TNB, Mohamed Noh Seth.

Sebelum itu, Dato’ Seri Mahdzir melakukan kunjungan hormat ke atas Datuk Ir. Hasni dan mengadakan perbincangan tertutup bersama Menteri Besar Johor itu.

(Visited 498 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button