Hiburan

50 tahun di pentas hiburan: Hetty Koes Endang adakan konsert 27 Ogos ini

MANUSIA hanya merancang, Allah yang menentukan dan sekiranya tiada aral melintang, pada 27 Ogos nanti, penyanyi wanita bersuara emas popular di negara kelahirannya dan Malaysia, Hetty Koes Endang akan mengadakan Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang.

Bertempat di Manhatttan Ballroom, Hotel Berjaya Times Square Kuala Lumpur, konsert anjuran Mahajaya Empire Sdn Bhd berkonsep makan malam dan hadirin yang hadir, pasti merinding bulu roma dihiburkan oleh Hetty atau lebih mesra dengan panggilan Bunda.

Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang ini melakarkan sejarah tersendiri buat Bunda kerana ia menandakan 50 dekad beliau mendambakan dirinya sebagai anak seni di Indonesia dan Malaysia.

Memetik kenyataan media, mengikut perancangan awal, Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang ini sepatutnya diadakan pada tahun 2020.

Bagaimanapun, hasrat tersebut terpaksa ditunda ekoran Perintah Kawalan Pergeakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

“Bunda Hetty akan menghiburkan hadirin lebih satu jam dengan mengalunkan 15 buah lagu hits beliau serta beberapa buah lagu khas tribute buat komposer dan penyanyi legenda seperti mendiang Broery Marantikan dan komposer Malaysia, Datuk Ahmad Nawab,” kata kenyataan itu.

Bagi Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang  ini, Bunda Hetty memilih untuk bekerjasama dengan Datuk Ramli MS sebagai pengarah muzik dengan iringan pemuzik-pemuzik professional.

Anda yang ingin menyaksikan Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang ini, bolehlah mendapatkan tiket-tiket dari tiket agen  ilassoticket.com atau oleh menghubungi terus penganjur di talian 012 466 7299.

Tiket bermula dari RM11,700 – VVIP (Table for 6 pax), RM8,700 –   VIP  (Table for 6 pax), RM6,640 – PLATINUM (Table for 8 pax) RM4,560  –  GOLD (Table for 8 pax) ATAU  VVIP RM1190 (per pax) VIP  RM1450 (per pax) PLATINUM 830 (per pax) GOLD 750 ( per pax) – SM

 

(Visited 692 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button