Bola SepakSukan

Penyokong PSG bertempur dengan polis

POLIS telah bertempur dengan penyokong PSG di jalan raya dekat Paris selepas kemenangan pasukan itu ke atas RB Leipzig yang menyaksikan mereka layak ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Video menerusi media sosial menunjukkan gas pemedih mata telah digunakan bagi menyuraikan para penyokong yang berpesta, dan anggota polis bertugas dilaporkan turut memukul segelintir peminat dengan baton.

Paris mengenakan peraturan ketat bagi menangani Covid-19 selepas kes terbaru yang melanda negara itu, tetapi ribuan penyokong telah membanjiri jalan raya bagi meraikan kemenangan 3-0 PSG.

Penduduk di Paris diwajibkan memakai topeng muka di tempat-tempat awam dan bagi sesiapa yang datang ke Britain dari Perancis perlu menjalani kuarantin selama 14 hari.

Lokasi popular di Champs-Elysees menjadi tempat tumpuan para penyokong berhimpun dan bunga api turut dinyalakan di sekitar Arc de Triomphe.

Beberapa laluan turut terhalang ekoran tindakan penyokong yang menyalakan suar dan mengibarkan bendera.

Pemandu kenderaan bertindak membunyikan hon, tetapi para peminat tidak menghiraukan situasi tersebut dan mereka terlalu seronok meraikan kemenangan pasukan.

Penyokong PSG turut berhimpun di sekitar stadium Parc des Princes yang kosong di mana bunga api turut dinyalakan sewaktu mereka berpesta.

Pasukan polis rusuhan telah bergegas ke beberapa kawasan di bandar itu bagi memastikan peraturan kawalan perintah berkurung dipatuhi dan mencegah sebarang aktiviti keganasan.

Selepas kawalan perintah berkurung, baki perlawanan Liga Juara-Juara telah dilangsungkan di Lisbon, dengan aksi final bakal dilangsungkam, Isnin ini.

Gol daripada Marquinhos, Angel Di Maria dan Juan Bernat Velasco telah memastikan PSG buat kali pertama mara ke perlawanan akhir pada kejohanan berprestij itu.

Mereka akan beraksi menentang sama ada Lyon ataupun Bayern Munich, di mana perlawanan separuh akhir yang menemukan kedua-dua pasukan akan diadakan, esok (awal pagi waktu Malaysia).

Pihak berkuasa di Paris amat berharap insiden yang sama tidak akan berulang, walau apapun juga keputusan yang dicatat nanti. – Daily Mail UK – SM

(Visited 65 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button