fbpx
Hiburan

Penganjur Konsert Janey Daimodthasodchuen langgar SOP, didenda

PENGANJUR konsert luk-thung (muzik tradisional Thailand) di sebuah pesta amal dalam daerah Cha-uat dalam Nakhon Si Thammarat didakwa selepas peminat yang hadir tidak mengendahkan prosedur operasi standard (SOP) atau langkah keselamatan seperti memakai pelitup muka ketika berada di luar, berada dalam kelompok terlalu ramai (awam)  dan tidak  mengamalkan penjarakan sosial.

Ketua Polis Daerah Cha-uat, Thien Barnthip berkata, penganjur, Paisant Vettayayong didakwa melanggar perintah darurat kerana gagal mengamalkan penjarakan fizikal dan hadirin yang hadir menyaksikan konsert itu didapati tidak memakai pelitup muka.

Bangkok Post melaporkan Paisant mengaku bersalah dan telah didakwa.

Perintah darurat itu melarang perhimpunan besar-besaran bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 Mereka yang melanggarnya berdepan hukuman maksimum penjara dua tahun dan denda 40,000 baht.

Foto yang dimuat naik di media sosial menunjukkan konsert Janey Daimodthasodchuen yang penuh sesak di Pesta Amal Palang Merah di daerah Cha-uat pada Sabtu malam lalu, telah mencetuskan kemarahan orang ramai.


Sementara itu, dalam tempoh 24 jam lalu, Thailand telah mencatatkan dua kes baharu Covid-19 membabitkan warga asing termasuk seorang pemain bola sepak Serbia berusia 29 tahun yang tiba di negara itu dengan penerbangan sewa khas pada 19 Julai lepas.

Menurut kenyataan Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), seorang lagi yang dijangkiti wabak itu ialah warga Finland berusia 41 tahun yang tiba dari Denmark pada 27 Julai lalu dan menjalani kuarantin wajib di sebuah kemudahan negara di Bangkok.

Memandangkan kedua-dua kes baharu itu membabitkan warga asing, Thailand mengekalkan rekod bersih sifar jangkitan tempatan pada hari ke-68.

Negara itu turut mencatatkan sifar kematian dalam tempoh 24 jam lepas. Setakat ini, Thailand mencatatkan sejumlah 3,312 kes Covid-19 dengan 58 kematian.

Sejumlah 3,315 orang yang dijangkiti pulih dan dibenarkan keluar hospital manakala 119 lagi masih menerima rawatan. – SM

(Visited 2 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button