HiburanMahkamah

Kotakan janji manismu selepas 4 tahun Aishah menunggu tanah lot banglo

SABAR ada tahapnya. Janji mesti dikotakan. Kalau empat tahun lamanya penyanyi, Datuk Wan Aishah Wan Ariffin menunggu untuk penyerahan sebidang lot tanah banglo seperti mana yang dijanjikan kepada pemenang pertandingan program realiti televisyen, Gegar Vaganza musim keempat (GV4), terbitan Astro tidak dikotakan maka tanpa perlu bertangguh-tangguh lagi, wajarlah Aishah mengemukakan saman pemula di mahkamah esok terhadap tuan penaja berkenaan.

Di pihak Aishah sendiri, beliau sudah cuba berbincang dengan pihak penaja berkenaan dengan cara baik untuk menyelesaikan isu ini namun menemui jalan buntu.

Esok pagi, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, tuntutan daripada Aishah selaku plaintif terhadap tiga defenden.

Dalam hal ini, Aishah tidak perlu bimbang tentang mulut-mulut yang berkata, mengapa tidak cuba selesaikan dengan cara baik?

Empat tahun menunggu dan inisiatif daripada pihak Aishah sudah cukup lama tempoh diberi kepada pihak penaja yang berkenaan.

Takkan nak tunggu sampai 40 tahun, baharu Aishah nak ambil langkah undang-undang terhadap pihak itu?

Ketika menjuarai GV4 sekitar tahun 2017, Aishah selaku juara pertandingan, dijanjikan dengan pelbagai hadiah termasuk sebidang tanah lot.

Bagaimanapun, pihak penaja lot bangle berkenaan bertindak menukar lot banglo itu kepada saiz tanah yang lebih kecil.

Penaja tersebut, vokalis kumpulan Pearl, Datuk Seri Mohd Amir Mohd Esa pernah memberi kenyataan kepada sebuah portal berita hiburan bahawa beliau akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam proses tuntutan hadiah tersebut.

Beliau juga berkata kepada portal berita hiburan yang sama, “Saya tak ada niat nak menipu mereka dan masalah kelewatan ini akan diselesaikan secepat mungkin.”

Untuk rekod, selain daripada Aishah, Liza Hanim dan Lan Solo selaku pemenang Naib Juara dan tempat ketiga turut dijanjikan dengan sebidang tanah lot banglo.

Bagaimanapun, hanya Aishah yang membawa kes ini ke mahkamah menakala Liza Hanim dan Lan Solo, memberi sokongan moral di atas tindakan undang-undang yang dikemukakan oleh Aishah.

Terdahulu, Aishah menang dalam kes saman ke atas Datuk Seri Vida yang tidak menepati janji memberi berlian palsu kepada Aishah. – SM

(Visited 791 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button