Hiburan

Bawa watak OCD: Naim Daniel dikritik, tak buat homework!

OCD. Ramai yang mempersendakan dan memomok-momokkan orang perseorangan yang OCD. Bahkan ada yang mengambil kesempatan terhadap individu OCD yang dipandang sebagai ‘seorang yang rajin tak bertempat, rajin tak kira masa, segala benda di rumah nak dilap, dimop, disapu bersih-bersih dan segala kata-kata yang dilemparkan sehingga membuatkan individu yang ada sikap OCD ini terasa.

Apa maksud OCD? Kalau anda nak tahu, OCD dalam istilah yang lengkap ialah Obsessive Compulsive Disorder .

Kewujudan karakter OCD dalam diri seseorang itu lahir secara tanpa disedari. Tetapi sikap rajin mengemas dan pembersih diklasifikasikan sebagai OCD dengan pandangan yang skeptikal.

Sikap OCD bertentangan dengan sikap pemalas. Itu perbandingan paling mudah dilakukan untuk memberi pencerahan maksud OCD.

Baru-baru ini, pelakon drama Naim Daniel memuat naik video lakonannya yang memegang watak sebagai OCD menerusi telefilem berjudul Aku OCD.

Pembawaan atau penghayatan watak OCD oleh Naim yang juga melakar namanya sebagai penyanyi tanah air, mendapat kritikan daripada seorang individu.

Menerusi komen individu berkenaan, Naim Daniel tidak buat homework! Ya. Tidak membuat kajian untuk mengenali karakteristik orang yang ada OCD.

“Teruknya OCD diterjemahkan. Saya yakin awak tidak tahu pun OCD tu apa sebenarnya. Paling tidak, apa yang awak boleh buat ialah buatlah kajian terlebih  dahulu,” kata individu berkenaan.

Nah! Naim Daniel perlu ambil apa yang dinyatakan oleh individu tersebut secara positif kerana apabila  diterjemahkan dan dipersembahkan kepada umum OCD ini dengan cara yang tidak tepat, maka masyarakat akan memandang serong  terhadap orang yang OCD.

OCD digambarkan dengan buruk, maka orang yang  ada karakteristik  OCD dipandang  sebagai penghidap OCD. Teruk bukan, bunyinya.

Sudah semestinya apabila menerima kritikan,  Naim Daniel tidak akan berdiam. Sebaliknya, artis itu membalas komen berkenaan.

Kata Naim Daniel, dia sudah berjumpa dengan seorang  yang  menghidap OCD .

“Maafkan saya. Benar, sebelum memulakan penggambaran, saya ada bertemu dengan salah seorang individu yang menghidap gejala OCD ini untuk bertanyakan apa itu sebenarnya OCD.

“Ia juga memberi saya satu input baharu tentang perkara ini kerana saya tidak akan berkompromi untuk membawa tanggungjawab sebagai watak seorang OCD,” tulis Naim  Daniel di ruang komen media sosial, Instagramnya.

Walaupun Naim Daniel mendakwa, filem Sepanyol menjadi rujukannya untuk mendalami watak OCD namun persoalannya, apakah itu mencukupi?

Ambillah inspirasi dari mana sekalipun tetapi jika  homework yang dibuat oleh Naim  Daniel  tidak mendalam,  maka  ia  tidak  mencukupi. Jadilah umpama  air di dalam gelas yang sepatutnya  diisi diiisi penuh, sayangnya isipadu air itu hanya  separuh!

Mengikut laporan yang  dikeluarkan oleh MStar tentang  OCD,  ia merupakan gangguan mental yang menyebabkan pesakit merasa harus melakukan sesuatu tindakan berulang kali sehingga puas hati. Benarkah? – SM

(Visited 432 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button