Ekonomi

Top Glove kembalikan RM160 juta kepada pekerja asing

TOP Glove Corp Bhd. bersedia membayar balik lebih daripada RM160 juta berupa yuran pengambiltan kerja lama kepada pekerja asingnya menurut laporan berita Amerika Syarikat (AS).

The Los Angeles Times melaporkan semalam bahawa Top Glove, pengeluar sarung tangan terbesar di dunia, baru-baru ini mengedarkan surat kepada pekerja yang menyatakan bahawa ia akan membayar pekerja dari Nepal sekitar AS$ 1,500 (RM6,247) dan pekerja dari Bangladesh sekitar AS$ 4,800 (RM19,989) untuk ganti yuran yang mereka bayar kepada agensi pengambilan pekerja.

Akhbar itu mengatakan bahawa laporannya berdasarkan surat yang dilihatnya.

Pembayaran kepada 10,000 pekerja asing syarikat itu akan membabitkan kos kira-kira AS$ 40 juta (RM166.58 juta), kira-kira tiga setengah kali lebih banyak daripada yang dijanjikan syarikat itu, kata laporan itu.

Pada bulan Ogos, Top Glove mengatakan akan mengembalikan bayaran perekrutan sehingga RM53 juta (AS$12.73 juta) kepada pekerja asingnya dengan harapan larangan import sarung tangan perubatan AS akan ditarik balik.

Syarikat itu membuat pembayaran awal sebanyak RM4.4 juta (AS$ 1.06 juta) pada bulan Ogos.

Pekerja asing sering dipaksa membayar yuran pengambilan pekerja yang tinggi kepada ejen pekerjaan asing untuk mendapatkan pekerjaan di Malaysia, hutang itu yang kemudian mereka bayar untuk sepanjang kontrak mereka.

(Visited 252 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button