Ekonomi

Aurelius Technologies lancar prospektus untuk penyenaraian di papan utama

Aurelius Technologies Berhad (ATech), penyedia perkhidmatan pembuatan elektronik (“EMS”) bagi produk-produk elektronik industri yang dalam langkah menjadi syarikat tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Berhad, dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran prospektus Syarikat bagi penawaran awam permulaan (IPO) hari ini.

ATech menawarkan pilihan EMS yang menyeluruh kepada syarikat multinasional di 11 negara meliputi Asia Pasifik, benua Amerika dan Eropah. Perkhidmatan-perkhidmatan tersebut merangkumi perkhidmatan sokongan kejuruteraan, prototaip, pemasangan papan (board), pemasangan mekanikal dan ujian bagi peranti komunikasi, peranti Internet Benda (“IoT”), peranti elektronik dan modul komponen semikonduktor diguna oleh industri telekomunikasi, pengangkutan, pengurusan tenaga dan IoT.

Dengan rekod prestasi selama 28 tahun, ATech telah membina perniagaan berasaskan perkongsian jangka panjang dengan pelanggan. Semua lima pelanggan utama syarikat merupakan firma asing atau subsidiari kepada firma Amerika Syarikat yang tersenarai awam.

IPO tersebut merangkumi 103.87 juta saham biasa termasuk penerbitan awam sebanyak 77.01 juta saham dan tawaran untuk jualan sehingga 26.86 juta saham. Tawaran institusi pula adalah sehingga 80.96 juta saham mewakili 22.60% saham terbitan yang dibesarkan. Tawaran runcit pula adalah sehingga 22.91 juta saham, mewakili 6.40% daripada saham terbitan yang dibesarkan, akan ditawarkan pada harga runcit RM1.36 sesaham.

Syarikat mengunjur untuk meraih hasil daripada IPO sebanyak RM104.73 juta, yang mana RM40 juta akan digunakan bagi membeli mesin dan peralatan baharu, RM29.52 juta bagi pembayaran balik pinjaman, RM28.13 juta bagi modal kerja dan RM7.08 juta bagi perbelanjaan penyenaraian. Saham-saham ini akan diperuntukkan seperti berikut:

Tawaran institusi merangkumi:

  • 44.77 juta saham IPO mewakili 12.50% daripada saham terbitan dibesarkan kepada pelabur bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
  • Sehingga 36.19 juta saham IPO mewakili 10.10% saham terbitan dibesarkan untuk institusi Malaysia dan pelabur terpilih

Tawaran runcit merangkumi:

  • 5.0 juta saham terbitan mewakili 1.40% daripada saham terbitan dibesarkan untuk para pengarah, kakitangan yang layak dan individu yang menyumbang kepada Syarikat
  • 17.91 juta saham terbitan mewakili 5.0% daripada saham terbitan dibesarkan diperuntuk untuk orang
    awam Malaysia menerusi cabutan undi.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif ATech, Lee Chong Yeow, berkata, IPO itu akan membolehkan syarikat menyegerakan pelaksanaan perancangan kami untuk berkembang, mengukuh dan menggunakan sebaiknya kecekapan teras kami di dalam menyediakan EMS bagi produk-produk elektronik industri selain terus meluaskan perniagaan ke dalam pengeluaran modul IoT yang kami telah tawarkan pada awal 2020.

“Kami juga mengembangkan kemudahan pengeluaran dengan pembinaan kilang baharu bersebelahan kilang
sedia ada kami di Taman Teknologi Tinggi Kulim. Kilang baharu ini akan membolehkan kami menambah ruang lantai untuk mengembangkan pengeluaran modul komponen semikonduktor, bagi memenuhi pengeluaran pek bateri Lithium-Ion dan operasi EMS sedia ada kami.

“Keseluruhannya, kami akan memiliki 15 barisan SMT menjelang akhir 2023 dari kedua-dua kilang baharu dan penambahan pada kilang sedia ada.

“Barisan SMT baharu ini akan meningkatkan kapasiti tahunnan kami sebanyak 198.7% bagi tahun kewangan
berakhir (FYE) 31 Januari 2024 dari FYE21 bagi memenuhi jangkaan pertambahah permintaan daripada para
pelanggan kami,” katanya.

Bagi FYE21, produk komunikasi dan IoT menyumbang 89.5% kepada hasil Syarikat, peranti elektronik sebanyak 9.4% dan komponen semikonduktor kurang daripada 1%. Tiga negara utama dari segi sumbangan hasil bagi FYE19 hingga FYE21 adalah Amerika Syarikat, Malaysia dan Singapura, yang secara kolektif mewakili 93.6%, 92.7%, dan 89.3% daripada jumlah keseluruhan perolehan.

Maybank Investment Bank Berhad, yang merupakan sebahagian daripada Maybank Kim Eng Group, adalah Penasihat Prinsipal, Penaja Jamin Utama dan Penaja Jamin Tunggal.

Ami Moris, Ketuag Pegawai Eksekutif, Maybank Kim Eng Group, berkata, “Sebagai proksi langsung bagi IoT, ATech berada di kedudukan tepat bagi pertumbuhan pesat dan mampan kerana permintaan bagi terminal sambungan IoT dijangka mencecah 2.37 bilion pada 2026. Perbualan kami dengan para pelabur menunjukkan bahawa ATech adalah satu daripada IPO bermodal kecil yang paling dinanti-natikan di Malaysia pada tahun ini.’’

“Kami juga rasa berbangga melihat ATech juga begitu aktif mengurangkan jejak karbon untuk menjadi pemain
EMS hijau terbaik di dalam kelasnya, dan mengutamakan komuniti tempatan menerusi penambahan kemahiran dan peluang penggajian. Kami mengalu-alu melangkah bersama ATech sebagai sebagai rakan perniagaan yang dipercayai.’’

(Visited 206 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button