EkonomiParlimen

7,000 syarikat startup peroleh manfaat bawah Program MYStartup

SEBANYAK 7,000 syarikat startup menerima manfaat daripada program-program di bawah MYStartup. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata, Program MYStartup merupakan salah satu inisiatif di bawah SUPER 2021-2030.

Ia selari dengan dasar dan inisiatif semasa kerajaan untuk menjana inovasi berteknologi tinggi selain pembangunan saksama buat masyarakat di samping membina negara berkeusahawanan menjelang tahun 2030, kata MOSTI.

“Melalui agensi pelaksana SUPER iaitu Cradle Fund, sebanyak 5,750 syarikat startup dan individu telah menerima manfaat daripada program-program yang dilaksanakan,” kata MOSTI dalam jawapan lisan di Parlimen, hari ini.

Pihak MOSTI ditanya oleh Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse tentang usaha Kementerian untuk membantu lebih banyak syarikat startup agar mereka berjaya mengujudkan ‘unicorn-unicorn’ yang boleh dibanggakan.

BACA https://suaramerdeka.com.my/pergiat-aktiviti-rd-ke-arah-mengaplikasikan-pembaharuan-sains-dan-teknologi/

MYStartup portal, sebuah portal sehenti bagi ekosistem startup negara telah dibangunkan seiring dengan aspirasi SUPER 2021- 2030 bagi menjadi pangkalan data dan menghubungkan pemain ekosistem startup Malaysia.

“Sehingga kini portal tersebut telah mempunyai sebanyak 4,300 pengguna berdaftar, menyenaraikan hampir 3,000 syarikat startup, 500 pelabur tempatan dan luar negara serta 140 organisasi penyedia perkhidmatan, insentif dan program.

“Portal tersebut juga telah menerima hampir 70,000 pengunjung dan menjadi sumber rujukan dari dalam dan luar negara,” ujar MOSTI.

Dalam usaha membantu startup tempatan berkembang, MOSTI melalui agensi pembiaya seperti Cradle Fund, Malaysian Technology Development Corporation (MTDC), Malaysia Venture Capital Management (MAVCAP), Kumpulan Modal Perdana (KMP) dan Malaysia Debt Ventures (MDV) turut menyediakan insentif pembiayaan dan pendanaan bagi syarikat-syarikat startup bermula dari pembiayaan awal sehingga ke peringkat seterusnya.

Oleh itu, sebanyak 144 syarikat startup telah berjaya dibantu melalui inisiatif pendanaan tersebut pada tahun 2022.

“MOSTI telah mengenal pasti syarikat startup yang berjaya melepasi cabaran dalam peringkat perkembangan awal dan berpotensi tinggi untuk menjadi startup berstatus Unicorn yang digelar sebagai ‘Soonicorn’.

“Sehingga kini terdapat satu syarikat Malaysia berstatus Unicorn (syarikat startups yang mempunyai nilai melebihi US$1 bilion) iaitu Carsome dan enamsyarikat berstatus soonicorn (syarikat start-ups yang berpotensi menjadi Unicorn) yang meliputi bidang-bidang seperti e-dagang, bio-perubatan, robotik, IoT dan perbankan,” jelas MOSTI.

Tambah MOSTI, program-program bersasar melalui SUPER 2021-2030 sedang dirangka untuk memecutkan soonicorn yang dikenal pasti mencapai taraf Unicorn dan membantu meningkatkan skala dan daya saing termasuk promosi, penjenamaan, akses kepada mentor yang mempunyai kepakaran teknikal, rangkaian perniagaan, menghubungkan syarikat startup kepada para pelabur serantau dan antarabangsa serta meluaskan pasaran. – SM

 

(Visited 141 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button