Nasionalpilihan

Syarikat Israel tidak akan dibenarkan masuk Malaysia – Anwar

MALAYSIA bertegas tidak akan membenarkan syarikat dari Israel masuk ke negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia kekal dengan pendirian untuk tidak membenarkan syarikat yang berdaftar dengan Israel untuk masuk dan melakukan sebarang aktiviti di negara ini.

Katanya, ini  termasuk semua kapal kargo milik rejim zionis tidak boleh berlabuh atau menggunakan pelabuhan di negara ini.

Katanya, kerajaan terdahulu pimpinan bekas Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membenarkan kapal kargo ZIM Rotterdam yang dimiliki syarikat Israel, Zim Integrated Shipping Services.

Namun kata Anwar, selepas mengalih kerajaan, beliau dan jemaah menteri membatalkan kebenaran itu.

“Tak ada. Kita tak benarkan. Yang benarkan pada tahun 2002 itu Tun Mahathir, bawa masuk ZIM, kita dah batalkan.

“Yang benarkan kapal Israel masuk itu Mahathir masa dia jadi Perdana Menteri, dia bagi alasan.

” Kemudian diteruskan sehinggalah kita batalkan, jemaah menteri batalkan, itu pendirian kita,” katanya Majlis Pelancaran Strategi Pembanterasan Rasuah (NACS) 2024-2028, hari ini. – SM

(Visited 18 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button