NasionalNegeri

Masyarakat majmuk pegang asas sama bentuk jati diri – Raja Muda

KEPELBAGAIAN budaya dan adat resam dalam masyarakat majmuk di Malaysia hakikatnya mempunyai pegangan asas sama iaitu membentuk keperibadian dan jati diri yang lebih baik.

Berikutan itu, usaha bagi membentuk identiti dan keperibadian kebangsaan perlu terus diperkasa supaya masyarakat dapat berinteraksi dengan lebih baik.

Elemen ini amat penting dalam melaksanakan matlamat yang sama iaitu membentuk masyarakat Malaysia yang berpegang teguh dengan ajaran agama dan fahaman masing-masing serta mementingkan nilai-nilai murni yang disepakati bersama.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menghadiri majlis santapan tengahari sempena sambutan Tahun Baru Cina yang dihoskan oleh Tan Sri Lee Kim Yew dan isteri, Puan Sri Tan Bee Hong serta keluarga di Seri Kembangan, Selangor.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda-anakanda Baginda berdua iaitu Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Tuan rumah juga turut meraikan Sharifah Khatreena Nuraniah dengan sesi pemotongan kek hari jadi yang jatuh pada 10 Februari baru-baru ini.

Para tetamu yang hadir turut dipersembahkan dengan tarian singa. – SM

BACA Agama menjadi asas kehidupan – Raja Muda Perlis

(Visited 40 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button