AgamaNasionalpilihan

Agama menjadi asas kehidupan – Raja Muda Perlis

KEPELBAGAIAN kaum, budaya dan agama masyarakat Malaysia menjadikan masyarakat negara ini unik berbanding banyak negara lain.

Namun beberapa elemen penting dari pelbagai sudut perlu diuruskan dengan baik terutamanya dalam aspek kemajmukan sosial.

Agama merupakan asas kepada pemikiran, corak kehidupan dan prinsip-prinsip serta menjadi panduan bagi peradaban sepanjang masa.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada salah seorang asnaf di Masjid Darul Salam, Padang Keria, Simpang Empat baru-baru ini.

Peraturan, undang-undang, hukum hakam yang telah dibentuk dan dikuasakan perlu dipatuhi oleh setiap rakyat negara ini.

Keabsahan sesebuah Kerajaan yang berkuasa atau sedang memerintah dan menjaga kepentingan masyarakat juga perlu mengikut lunas undang-undang.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyampaikan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada 70 penerima dari Kariah Masjid Darul Salam, Padang Keria dan 70 lagi penerima dari Kariah Masjid Datuk Jaafar Hassan, Sungai Padang di Masjid Darul Salam, Padang Keria, Simpang Empat baru-baru ini.

Masing-masing menerima RM700 setiap seorang dengan jumlah penuh sumbangan MAIPs pada kali ini berjumlah RM98,000.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bertitah semasa majlis sumbangan agihan zakat MAIPs kepada asnaf Kariah Masjid Darul Salam, Padang Keria dan Kariah Masjid Datuk Jaafar Hassan, Sungai Padang di Masjid Darul Salam, Padang Keria, Simpang Empat baru-baru ini.

Tambah Tuanku Syed Faizuddin Putra, “Bahasa Jiwa Bangsa” pula merupakan satu hikmah yang menggambarkan kedudukan bahasa dalam hubungannya yang menjadi kekuatan bangsa dan seterusnya negara.

“Adat dan budaya yang pelbagai perlu diraikan dan dihormati semua pihak tanpa membelakang agama,” titah Baginda. – SM

Artikel berkaitan > Sebuah tamadun itu kuat jika ekonomi kukuh – Raja Muda Perlis

(Visited 88 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button